Sekapur Sirih



Bismillahirahmanirahim...

Syukur Alhamdulillah kerana izin-NYA juga blog yang berjudul "Tunas Sastera Meniti Waktu" ini telah diungkayahkan oleh 7 orang mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam (UBD). Kesemua mahasiswa/i ini mengambil kursus di dalam Sarjana Muda Sastera Pendidikan iaitu PL 4204 - KP : Kesusasteraan Melayu II pada tahun 2010 ini atas bimbingan seorang pensyarah/penyelia yang memang tidak asing juga dalam bidang Kesusasteraan Melayu iaitu Rozaiman Makmun.


Pertama-tama sekali, tujuan blog ini dibuat adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu itu sebagai satu rangkaian komunikasi yang efektif, kreatif dan inovasi seiring dengan Sistem Pendidikan Abad ke-21 atau lebih dikenali seagai SPN-21. Sehubungan dengan itu juga, blog ini setentunya memberikan ruang kepada para guru, para guru pelatih dan para pelajar untuk berkomunikasi dalam suasana terbuka iaitu digelar 'Bicara Ilmu' yang sememangnya tiada garis pemisah di antara semuanya. Walaupun blog ini lebih menumpukan kepada Antologi Cerpen Meniti Waktu tetapi sebarang informasi dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu boleh juga didapati melalui cerpen ini seperti aspek-aspek Kesusasteraan Melayu, kertas peperiksaan O'level bagi Kesusasteraan Melayu dan sebagainya. Sebarang perbincangan yang dilakukan dikalangan para ilmu (guru-guru, guru-guru pelatih, pelajar-pelajar dan masyarakat amnya) adalah amat digalakkan bagi melahirkan ahli-ahli pemikir di Negara Brunei Darussalam. Sumbangan karya-karya sastera seperti cerpen, sajak, pantun, mutiara kata dan sebagainya juga dibukakan bagi mencungkil dan menggilap bakat-bakat yang terpendam dalam diri individu itu sendiri. Tips-tips pembelajaran juga akan diselitkan di dalam blog ini agar pelajar-pelajar di Negara Brunei Darussalam ini akan berjaya dengan keputusan yang cemerlang di dalam dunia akademik dan non-akademik mereka.


Akhir sekali, tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada yang membantu mengungkayahkan dan menjayakan blog TunaSastera Meniti Waktu ini dan mudahan blog ini dapat diguna-pakai sebaik mungkin oleh pencinta Kesusasteraan Melayu dan masyarakat umum khasnya. InsyaALLAH.

"Maju Seni Untuk Bangsa Brunei"
Category: