Antologi Meniti Waktu


Buku Antologi Meniti Waktu merupakan cetakan dan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam. Cetakan yang pertama adalah pada tahun 1993 dan ianya telah dicetak sebanyak empat kali disebabkan oleh keperluannya yang kian meningkat dari setahun ke setahun. Buku Antologi Meniti Waktu telah dijadikan teks sekolah di Peringkat 'O' Peperiksaan Brunei-Cambridge bagi mengangkat martabat karya dan pengkarya Kesusasteraan Melayu di Negara Brunei Darussalam. Dalam Antologi Meniti Waktu mengandungi 17 buah cerpen yang telah dibuat oleh penulis tempatan, iaitu :
  1. Tanah (Alimin bin Haji Abd. Hamid).
  2. Pantaran (Aminah Haji Momin).
  3. Anak-anak Tasim Jali (Bujang Haji Matnor).
  4. Buat Saja (Chong Ah Fok).
  5. Salam (Haji Abdullah Haji Tahir).
  6. Meniti Waktu (H.M Hamiebas).
  7. Dari Awan Ke Awan (Issmat).
  8. Abdul (Issmat).
  9. Bisa (Lamat Jaafar).
  10. Berpaut di Dahan Reput (M.B Kelana).
  11. Kepala Perarakan (Muslim Burmat).
  12. Gaji (Mussidi).
  13. Yayasan Tercicir (Pengiran Haji Aji Pengiran Haji Md. Tahir).
  14. Titian (Pengiran Haji Aji Pengiran Haji Md. Tahir).
  15. Sungai (Rosli H.A.).
  16. Pelabuhan Senja (Rosli H.A.).
  17. Azam Kemerdekaan (Shawal Rajab).
Category: