Rancangan Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Yayasan Tercicir"

Rancangan Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Yayasan Tercicir"
Category: 0 comments

Rancangan Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Titian"

Rancangan Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Titian"
Category: 0 comments

Rancangan Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Anak-anak Tasim Jali"

Rancangan Persediaan Mengajar Kp Sastera II (Final)
Category: 0 comments

Rancangan Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Gaji"

Category: 0 comments

Rancangan Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Pantaran"


Category:

Rancangan Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Abdul"

Rancangan Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Abdul"
Category: 0 comments

Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Tanah"

Persediaan Mengajar Bagi Cerpen "Tanah"
Category: 0 comments

Slaid Presentasi Cerpen "Yayasan Tercicir"

Category: 0 comments

Slaid Presentasi Cerpen "Titian"

Category: 0 comments

Slaid Presentasi Cerpen "Buat Saja"

Category: 0 comments

Slaid Presentasi Cerpen "Anak-anak Tasim Jali"

Category: 0 comments

Slaid Presentasi Cerpen "Gaji"

Category: 0 comments

Slide Presentasi Cerpen "Abdul"

Category: 0 comments

Slaid Presentasi Cerpen "Pantaran"

Category: 0 comments

Analisis cerpen "Buat Saja"

BUAT SAJA
Category: 0 comments

Analisis Cerpen "Azam Kemerdekaan"

Analisis Cerpen "Azam Kemerdekaan"
Category: 0 comments

Analisis Cerpen "Yayasan Tercicir"

Analisis Cerpen Yayasan Tercicir
Category: 0 comments

Analisis Cerpen "Titian"

Analisis Cerpen Titian
Category: 0 comments

Analisis Cerpen "Meniti Waktu"

Category: 0 comments

Analisis Cerpen "Berpaut Di Dahan Reput"

Category: 0 comments

Analisis Cerpen "Pantaran"

Sinopsis Cerpen Pantaran Karya Aminah Hj Momin (Audio-Visual)

 


Sinopsis Cerpen Pantaran

Haji Zaki tidak nyenyak tidur kerana fikirannya berkecamuk. Ia teringat akan kata wakil Pengawai Daerah yang mengatakan tiga keping lantai pantarannya terkena untuk membina jambatan pail di kampung itu. Haji Zaki hairan mendengar Ahmad bersetuju atas pembinaan jambatan itu. Walhal dialah yang selalu menentang pembangunan, seperti penubuhan persatuan nelayan dan kedai syarikat. Reban ayam Ahmad terpaksa diroboh kerana terkena tapak bagi pembinaan jambatan pail. Ahmad dan orang kampung meroboh pantaran Haji Zaki. Waktu itu Haji Zaki dan Datuk Penghulu tidak ada di rumah. Bila Haji Zaki mengetahui pantarannya diroboh, maka dia naik marah dan mengadu kepada Datuk Penghulu. Datuk Penghulu mengutuk perbuatan Ahmad itu. Keesokkan harinya, Datuk Penghulu dan orang kampung membaiki semula pantara Haji Zaki yang diroboh itu.


Analisis Watak & Perwatakan dalam Cerpen Pantaran

Di dalam cerpen Pantaran karya Aminah Hj. Momin ini ada memperlihatkan watak-watak yang berbeza dan setiap watak tersebut memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan lagi perjalanan ceritanya. Watak-watak tersebut ialah seperti Haji Zaki, Ahmad, Normah, Hashim, Roslan, Wakil Pegawai Daerah dan Datuk Penghulu Basir.

Haji Zaki
  • Seorang nelayan yang tinggal di Kg. Ayer (hlm.7)
  • Badannya gemuk dan berat badannya sekitar 120 kg (hlm.12)
  • Tinggal di rumah sendiri berhampiran dengan rumah Ahmad (hlm.8)
  • Mempunyai seorang isteri yang bernama Normah (hlm.6)
  • Anak sulungnya bernama Hashim (hlm.12)
  • Seorang yang berfikiran panjang dan bersikap sabar dalam menempuh dugaan kehidupan (hlm.7)
  • Sentiasa menyokong pembangunan kampung dan bersetuju apabila pantaran rumahnya terkena tapak untuk membina jambatan pail serta menyertai penubuhan persatuan nelayan dan kedai syarikat di kampungnya (hlm.6)
  • Pekerjaannya adalah menangkap ikan dan punca rezeki inilah yang menampung kehidupan mereka sekeluarga. Dengan hasil jualan ikan itu juga dia dapat mendirikan rumahnya sendiri (hlm.7)
Ahmad
  •  Sudah beristeri dan mempunyai anak yang bernama Roslan (17 tahun)
  • Tinggal berdekatan dengan rumah Haji Zaki (hlm.8)
  • Hubungannya dengan Haji Zaki adalah bersaudara iaitu sepupu (hlm.11)
  • Secara zahirnya hubungan Ahmad dengan Haji Zaki nampak seperti biasa sahaja tetapi di lubuk hatinya, ternyata ia mahu menyingkirkan Haji Zaki. Ini disebabkan oleh Ahmad yang beria-ia hendak mengambil tapak rumah Haji Zaki itu (hlm.11)
  • Ahmad bersikap tidak inginkan kemajuan. Ini dapat dilihat semasa penduduk menubuhkan persatuan nelayan dan kedai syarikat. Rancangan tersebut tidak dipersetujui oleh Ahmad sendiri (hlm.7)
  • Ahmad bersikap keras kepala dan ini dapat dilihat apabila reban ayamnya terpaksa diroboh untuk tapak jambatan pail itu (hlm.7-8 & 11)
  • Dia tidak senang dengan cadangan tersebut dan secara umumnya Ahmad bersikap suka mementingkan dirinya sendiri (hlm.9)

Normah
  • Isteri kepada Haji Zaki (hlm.6)
  • Dia selalu menunjukkan sikap marahnya dan yang tidak menyenangkan. Ini dapat dilihat semasa pantaran rumah mereka diroboh oleh Ahmad (hlm.9)
  • Fikirannya tidak boleh terganggu oleh perkara-perkara yang tidak diingini (hlm.8-9)
  • Dia sering mengeluarkan air mata jika bermasalah. Perkara ini dapat dilihat dari kenyataan yang disebutkan oleh Haji Zaki bahawa dia tidak seperti Normah yang puah air mata (hlm.11)

Datuk Penghulu Basir
  • Merupakan penghulu di kampung itu.
  • Bentuk badannya pendek dan gemuk. Perkara ini dapat dilihat semasa dia pergi ke rumah Haji Zaki yang berjalan-jalan dengan terkiut-kiut. Pandangannya juga agak kurang dan ini menandakan umurnya sudah tua (hlm.10)
  • Dia mempunyai fikiran yang terbuka dan bertanggungjawab
  • Dia menginginkan suasana penduduk kampung dalam keadaan harmoni dan aman damai. Sebeb itu, jika berlaku sesuatu masalah akan diselesaikan dengan cara muzakah (hlm.11)
  • Selain berperanan sebagai penghulu di kampung itu, dia juga sebagai wakil kampung dalam memata-matai pembinaan jambatan di kampung mereka (hlm.9)
  • Mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang kampung. Sebab itu, semasa pantaran Haji Zaki diroboh, dia dan orang-orang kampung bergotong-royong membaiki semula pantaran tersebut (hlm.13)
Wakil Pengawai Daerah
  • Orang yang bertanggungjawab untuk memata-matai jambatan pail di kampung Haji Zaki (hlm.6)
  • Beliau merupakan wakil kerajaan dalam berunding dengan orang kampung.
  • Jika ada masalah yang timbul dan bersangkutan, maka dialah yang akan dapat memutuskannya (hlm.10)
Hashim
  • Anak sulung kepada Haji Zaki dan Normah (hlm.12)
  • Wataknya cuma disebut saja dan peranannya juga tidak ada
Roslan
  • Anak kepada Ahmad (hlm.13)
  • Berumur 17 tahun (hlm.13)
Category: 3 comments

Analisis cerpen "Bisa"

Analisis cerpen Bisa
Category: 0 comments

Analisis Cerpen "Kepala Perarakan"

Analisis Cerpen "Kepala Perarakan"
Category: 0 comments

Analisis Cerpen "Abdul"

Analisis Cerpen "Abdul"
Category: 0 comments

Sekapur Sirih



Bismillahirahmanirahim...

Syukur Alhamdulillah kerana izin-NYA juga blog yang berjudul "Tunas Sastera Meniti Waktu" ini telah diungkayahkan oleh 7 orang mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam (UBD). Kesemua mahasiswa/i ini mengambil kursus di dalam Sarjana Muda Sastera Pendidikan iaitu PL 4204 - KP : Kesusasteraan Melayu II pada tahun 2010 ini atas bimbingan seorang pensyarah/penyelia yang memang tidak asing juga dalam bidang Kesusasteraan Melayu iaitu Rozaiman Makmun.


Pertama-tama sekali, tujuan blog ini dibuat adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu itu sebagai satu rangkaian komunikasi yang efektif, kreatif dan inovasi seiring dengan Sistem Pendidikan Abad ke-21 atau lebih dikenali seagai SPN-21. Sehubungan dengan itu juga, blog ini setentunya memberikan ruang kepada para guru, para guru pelatih dan para pelajar untuk berkomunikasi dalam suasana terbuka iaitu digelar 'Bicara Ilmu' yang sememangnya tiada garis pemisah di antara semuanya. Walaupun blog ini lebih menumpukan kepada Antologi Cerpen Meniti Waktu tetapi sebarang informasi dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu boleh juga didapati melalui cerpen ini seperti aspek-aspek Kesusasteraan Melayu, kertas peperiksaan O'level bagi Kesusasteraan Melayu dan sebagainya. Sebarang perbincangan yang dilakukan dikalangan para ilmu (guru-guru, guru-guru pelatih, pelajar-pelajar dan masyarakat amnya) adalah amat digalakkan bagi melahirkan ahli-ahli pemikir di Negara Brunei Darussalam. Sumbangan karya-karya sastera seperti cerpen, sajak, pantun, mutiara kata dan sebagainya juga dibukakan bagi mencungkil dan menggilap bakat-bakat yang terpendam dalam diri individu itu sendiri. Tips-tips pembelajaran juga akan diselitkan di dalam blog ini agar pelajar-pelajar di Negara Brunei Darussalam ini akan berjaya dengan keputusan yang cemerlang di dalam dunia akademik dan non-akademik mereka.


Akhir sekali, tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada yang membantu mengungkayahkan dan menjayakan blog TunaSastera Meniti Waktu ini dan mudahan blog ini dapat diguna-pakai sebaik mungkin oleh pencinta Kesusasteraan Melayu dan masyarakat umum khasnya. InsyaALLAH.

"Maju Seni Untuk Bangsa Brunei"
Category: