Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Assalamualaikum para pencinta sastera. Pada malam ini, kami akan membukakan sesi "Sama-sama berpantun Ria". Tujuannya adalah untuk mengasah kekreativiti awda semua untuk berpantun dan bersuka ria sambil mengekalkan khazanah warisan budaya bangsa Melayu itu sendiri. Sila kemukakan pantun awda pada ruang komen di bawah yang telah disediakan.
Ramai orang ke Tanjung Bidara,
Hingga lengang orang di kota :
Awal bismillah pembuka bicara,
Salam diberi pelengkap kata.
Category:
7
comments
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Cerpen "Pantaran" mengisahkan seorang watak yang bernama Haji Zaki merasa marah kerana pantarannya telah diroboh. Dalam cerpen ini, terdapat beberapa persoalan yang ditampilkan (dikemukakan) oleh si penulis. Oleh itu, kamu diminta untuk menyenaraikan persoalan-persoalan tersebut dan disertakan dengan contohnya. Segala hasil kajian kamu hendaklah dimuatkan ke dalam ruangan komen (comments) di bawah berikut. Sekian dan selamat maju jaya.
Category:
2
comments
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Klip video di bawah mempunyai keterkaitan dengan cerpen "Azam Kemerdekaan" karya Syawal Rajab. Dengan menggunakan daya kreativiti, kamu diminta untuk mengaitkan perihal (perkara) yang berkait rapat dengan cerpen "Azam Kemerdekaan". Kajian (jawapan) kamu mestilah disertakan dalam ruangan komen (comments) di bawah klip video ini. Sila sertakan nama penuh, tahun dan sekolah awda. Selamat mengkaji dan teruskan perjuangan.
Category:
3
comments
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Klip video di bawah ini mengandungi beberapa isi-isi penting yang telah dikemukakan oleh si pidato(orang yang berbicara). Dalam aktiviti ini, kamu diminta untuk menyenaraikan beberapa isi penting yang dirasakan relevan (sesuai) untuk dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada kita semua. Selamat mengkaji dan teruskan perjuangan.
Category:
0
comments
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Pada 23 Oktober 2010 yang lalu, PUSAT SENI SEMANJUNG dengan kerjasama Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) telah mengungkayahkan satu pementasan Teater Bangsawan yang berjudul "Keris Menjadi Saksi". Teater Bangsawan "Keris Menjadi Saksi" adalah Road Show Sosialisasi Budaya Melayu Riau (Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura) Oktober-November 2010 daripada PUSAT SENI SEMANJUNG dengan membawakan tema Persembahan Budaya Melayu Riau "Gelar Budaya Riau". Persembahan tersebut diadakan di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Tetamu kehormat yang menyaksikan persembahan malam itu adalah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Turut menjayakan persembahan tersebut adalah Kementerian Kebudyaan Belia dan Sukan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Radio Telvisyen Brunei, Kelab Rakis (Universiti Brunei Darussalam), Kedutaan Besar Republik Indonesia, media massa dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Latar Belakang Pusat Seni Semanjung (Arts Training Center)
Melayu, khususnya Riau memiliki kekayaan seni budaya, sarat muatan tuntunan moral yang dapt memperkuatkan karakter bangsa. Oleh kerana itu perlu menjaga, melestarikan dan mengembangkannya sebagai cermin bangsa yang beradab.
Dalam rangka itu, beberapa mahasiswa Riau dari berbagai kabupaten dan Asrizal Nur, seniman asal didukung oleh HM. Lukman Edy mantan Menteri PErcepatan Daerah dan kini sebagai Ketua Umum Persatuan Masyarakat Riau, Jakarta. Berikutan memegang jawatan sebagai Ketua Umum, beliau menubuhkan Pusat Latihan Seni Semenanjung (Seni Melayu Nun Dijunjung) ditubuhkan pada 1 April 2010, di sekretariat himpunan Pelajar Mahasiswa Bengkalis (HIPEMALIS).
Pusat Latihan Seni Semenanjung membuka pelatihan seni, antara lainnya ialah seperti teater, tari, musik dan deklamasi. Dengan empat cabang kesenian tersebut, kelak dapat membina dan melahirkan pelaku seni berbakat yang dapat melestarikan kesenian Melayu antara lain; teater bangsawan, dendang Melayu, puisi : pantun, guridam, syair dan tari Melayu. Keempat-empat kesenian tersebut adalah asas kesenian Melayu yang akan memperkukuhkan bangunan kebudayaan Melayu.
Teater Bangasawan (Bangsawan Theater)
Teater Bangsawan , dahulunya Bangsawan adalah drama Melayu yang ditampilkan melebihi satu babak, tiga bahkan lebih dengan durasi lebih dua jam, setiap babak ditandai dengan syair atau lagu dengan pergantian setingg panggung dan latar belakang panggung berbentuk layar yang dilukis.
Bangsawan memiliki penokohan yang hampir sama dengan ketoprak (Jawa), Mamanda (Kalimantan), Lenong Dians (Betawi), ada tokoh Raja, Panglima perang atau tokoh kerajaan lainnya, tokoh komedi biasanya disebut kadam, dan tokoh antogonis seperti lanun atau perompak. Bangsawan dahulu kalanya adalah seni drama tontonan raja, oleh kerana waktu itu banyak aturan-aturan yang tidak boleh melanggar tatakrama kerajaan.
Pada Teater Bangsawan "Keris Menjadi Saksi" sudah diinovasi sesuai dengan perkembangan zaman, tidak menggunakan layar yang berlapis-lapis tetapi diganti layar projektor, cerita cukup satu babak saja dengan durasi kurang dari dua jam namun ciri khas bangsawan seperti penokohan, alur cerita, syair, tari dan muzik Melayu tetap dikekalkan.
"Keris Menjadi Saksi" ditulis oleh Temul Amsal dan di Sutradarai oleh Asrizal Nur. Pada Road Show Sosialisasi Budaya Melayu Riau, Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura, Oktober-November 2010 didukung oleh para penari dari Sanggar Srigemilang Indagiri Hilir Riau.
Sutradara Asrizal Nur
Di samping penyair dan deklamtor, ia juga seorang dramawan, baik terlibat seabgai aktor, penulis naskah, sutradara bahkan pimpinan produksi telah dilakoni beliau. Naskah teater yang beliau tulis dan disutradarai adalah : Umar bin Kattab, Sang Yang Hitam, Belantara Naga, Surat Cinta Untuk Marsinah, Reformasi Orang-orang Pabrik, Tabir, Opera Pantun dan lain-lain. Beliau pernah bermain teater bangsawan bersama tokoh-tokoh teater klasik antara lain BM. Syamsuddin berjudul Tun Nila Utama ditampilkan di acara Pertemuan Adat Melayu se Sumatra, Ketabong, Ketuban bersama Temul 'Amsal. Untuk membangkitkan kecintaan anak-anak muda Riau di Jakarta terhadap kesenian Melayu, beliau mengagas dan mengasuh Pusat Latihan Seni Semanjung. Beliau mengangkat dan membesarkan Melayu, khususnya Riau adalah perjuangan beliau yang tidak akan habis.
Penulis Temul 'Amsal
Beliau adalah salah seorang teater klasik terkenal di Riau, masa mudanya beliau kerap kali memenangkan festival teater. Pemimpin Teater Gema ini telah banyak menulis naskah drama klasik dan sekaligus menyuntradainya, antara lainnya ialah Ketuban, Puah, Inaio Berdarah, Putri Lindung Bulan, Misteri Pulau Penyamun, Puang yang kemudiannya atas izinnya diganti judulnya oleh Asrizal Nur berubah "Keris Menjadi Saksi". Ketika beliau bekerja di Depertmen Penerangan Provinsi Riau, belaiu banyak juga menulis naskah drama radio dan drama televisyen. Temul juga seorang penyair dan pelukis. Seniman ini menetap di Pekanbaru, Riau. Untuk pementasan Teater Bangsawan "Keris Menjadi Saksi", beliau bertugas sebagai penata panggung.
Sinopsis "Keris Menjadi Saksi"
Syahdan dahulu kala, di kerajaan Pelalawan Riau, tersebutlah seorang raja adil dan budiman Sultan Syah Alam namanya. Ia dikhianati oleh Panglimanya bernama Kiau. Sultan, isteri dan anaknya dibunuh, namun seorang antara anaknya bernama Jalak diselamatkan oleh Datuk Bendahara. Dua puluh tahun Kemudian, di rumah Alang loma,Panglima Sultan yang jujur dan berbudi. Ketika Kipa yang telah mengangkat dirinya menjadi raja itu berhasrat meminang putri Alang Loma, Jalak hadir, bersama Datuk Bendahara yang menyamar sebagai Kemantan dibantu Alang Loma, kebusukan dan keserakahan Kiap terungkap dan Jalak berhasil membuka kedok Kiap dengan keris yang telah membunuh ayahandanya, dendam pun terbalaskan.
Category:
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
meruntuhkan akhlak manusia
"Akhirat kabur di hati dan jiwa kita dan yang terus bergemerlap dan berkilauan ialah dunia dengan segala perhiasannya, tarikannya, sorak-surainya, mainannya, hiburan dan segala pesonanya yang menjadikan Akhirat serta segala nikmatnya bertambah-tambah jauh dan kabur dari hati nurani manusia," jelas Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dalam Kuliah Subuh Bersama Mufti berlangsung di Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong.
Yang ada tambah Yang Berhormat Pehin, lumrah dan rancak berebut dunia, berebut nikmat dunia dan berlumba-lumba membina dunia dengan bahan-bahan yang dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh agama.
Menurut Yang Berhormat Pehin, untuk menjadi kaya, orang mahu berbuat apa saja: makan riba, rasuah, menipu, bercakap bohong, bersumpah palsu dan lain-lain.
"Ada rezeki daripada Allah tidak mahu puas, kalau berkongsi milik datanglah tamak, kawan kongsi dianiaya/dibinasa supaya diri sendiri mendapat lebih atau dapat membolot semuanya," ujar Yang Berhormat Pehin.
Yang Berhormat Pehin menegaskan, tamak haloba membawa binasa, orang yang percaya perkara-perkara ghaib, seratus-peratus percaya, tidak akan bersifat tamak, takut untuk menjadi manusia yang tamak, manusia yang bersifat hasad dengki dan khianat kerana mereka takut pada neraka, takut pada soalan-soalan dalam kubur yang sedang menunggu dan takut pada hisab di Hari Kebangkitan yang sedang menunggu.
Yang Berhormat Pehin juga menjelaskan, manusia mempunyai pangkat dan darjat masing-masing, di mana pangkat dan darjat manusia itu berbeza-beza dan ditentukan oleh keadaan hati masing-masing.
Hati manusia itu terbahagi kepada tiga, iaitu Qalbun Salim (hati yang selamat/hati yang sejahtera), Qalbun Maiyit (hati yang mati) dan Qalbun Maridh (hati yang sakit).
Yang Berhormat Pehin, dalam kuliah itu juga menyentuh mengenai hati manusia yang menjelaskan orang yang memiliki Qalbun Salim (hati yang selamat) mendapat petunjuk daripada Al-Qur'an, di mana mereka membaca Al-Qur'an dan cahaya Al-Qur'an itu menerangi hati-hati mereka.
Yang Berhormat Pehin seterusnya menjelaskan, orang yang membaca Al-Qur'an tetapi akhlak dan gaya hidupnya bercanggah dengan ajaran Al-Qur'an maka hati orang yang seumpama ini mungkin saja bukan hati orang yang selamat kerana hati-hati yang selamat itu hanya milik bagi orang-orang yang bertakwa sahaja.
Yang Berhormat Pehin menambah, Sayyidina Ali Karramahullahu Wajhah mentafsirkan takwa itu ialah takut kepada Yang Maha Besar Allah, beramal dengan apa yang diturunkan Al-Qur'an, redha dengan kurnia Allah yang sedikit dan membuat persediaan untuk hari kemudian.
Yang Berhormat menegaskan, jika tidak ada sebagaimana yang dikatakan oleh Sayyidina Ali Karramahullahu Wajhah itu, maka itu bukannya takwa.
"Tidak takut Allah, tidak mengikut ajaran Al-Qur'an, tidak redha dengan pemberian Allah yang sedikit dan tidak ada usaha untuk membuat persediaan menghadapi mati, maka belumlah timbul cerita takwa itu, belumlah layak untuk ia dimiliki," terang Yang Berhormat Pehin.
Yang Berhormat Pehin menjelaskan, takwa adalah perkara hebat, perkara besar, perkara qudus/suci, perkara yang membawa ke syurga.
Dalam kuliah subuh tadi Yang Berhormat Pehin menegaskan, pemilik hati yang selamat mestilah ia beriman kepada perkara-perkara ghaib, kepada malaikat, jin, syurga dan neraka.
"Dia juga beriman kepada Hari Kebangkitan, Hari Perhimpunan di Padang Mahsyar, beriman kepada kitab-kitab Allah, kepada mizan (timbangan amal), kepada Kursy dan Arasy Allah Ta'ala, kepada Lauh, Qalam, Shirath," tegas Yang Berhormat Pehin.
Semua ini jelas Yang Berhormat Pehin, wajib dipercayai dan sesiapa yang mengingkarinya (tidak percaya), maka ia keluar daripada Islam.
Orang yang berhati selamat/sejahtera kata Yang Berhormat Pehin, pasti mempercayai perkara-perkara ghaib dan kepercayaan itu adalah jiwa amalnya, di akhirat kelak, mereka akan beroleh syurga kerana mereka tidak pernah lupakan akhirat dan nikmat Akhirat adalah idaman mereka.
Yang Berhormat Pehin selanjutnya berkata, kerana itu juga hati-hati mereka tetap bersih dan tetap sihat dalam makna tetap selamat tanpa dicemari oleh sebarang penyakit sebab hati yang berpenyakit tidak mampu untuk menunjukkan jalan ke syurga.
Kuliah Bersama Mufti yang diadakan selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah di Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata Gadong adalah juga bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1431/2010.
Sumber : Pelita Brunei
Category:
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Kita sekarang telah berada di bulan Zulkaedah dan tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijah, bulan di mana umat Islam yang berkemampuan akan berpeluang mengerjakan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji. Begitulah juga di Negara Brunei Darussalam, insya-Allah bakal jemaah haji akan berpeluang menunaikan ibadat haji dan mereka akan mula berangkat secara berjadual meninggalkan tanah air menuju ke Tanah Suci Mekah Al-Mukaramah bagi mengunjungi Baitullah Al-Haram untuk menunaikan tuntutan ibadah haji. Kita berharap bakal jemaah haji telah membuat persediaan awal dari segi fizikal, mental dan mengetahui panduan yang berhubung kait dengan ibadah haji atau dikenali sebagai manasiq haji.
Ibadah haji adalah diwajibkan ke atas umat Islam yang berkemampuan dan memenuhi syarat-syarat untuk mengerjakannya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 97 tafsirnya:
"Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji ke Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa mengingkari kewajipan ibadat haji, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian alam."
Di dalam Al-Qur'an telah dinyatakan bahawa bagi umat Islam yang akan menunaikan ibadat haji itu hendaklah berkuasa atau berkemampuan. Apa yang dimaksudkan dengan berkuasa atau berkemampuan itu ialah bakal jemaah haji hendaklah mempunyai kewangan yang mencukupi, memastikan tubuh badan sihat dan perjalanan pergi balik ketika mengerjakan ibadat haji dalam keadaan selamat. Berkemampuan bukan setakat bererti mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk dirinya semasa menunaikan fardu haji sahaja, bahkan juga hendaklah berkemampuan untuk menyediakan nafkah dan perbelanjaan yang cukup untuk sara hidup bagi orang-orang yang di bawah tanggungannya yang ditinggalkan. Inilah ertinya pengorbanan yang harus dihadapi oleh para jemaah yang hendak menunaikan ibadat haji, mereka bukan sahaja perlu membelanjakan wang yang banyak, malahan juga turut berkorban masa dan tenaga serta perasaan kerana meninggalkan keluarga semata-mata untuk melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala sebagai tanda taat, syukur dan cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala jua.
Untuk itu, bagi mereka yang telah sempurna syarat-syarat untuk mengerjakan ibadat haji, hendaklah mereka menyegerakan tanggungjawab tersebut. Apatah lagi Islam sangat menggalakkan umatnya untuk bersegera dalam membuat amal kebajikan lebih-lebih lagi ibadat yang dituntut dan diwajibkan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 133 tafsirnya:
"Dan bersegeralah kamu mengerjakan amal kebajikan untuk membawa kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu dan Syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa."
Allah Subhanahu Wata'ala mewajibkan sesuatu ibadat itu kepada hamba-hamba-Nya setentunya mempunyai hikmah dan ada ganjarannya. Begitu juga ibadah haji. Sesungguhnya ganjaran bagi orang yang mengerjakan ibadah haji itu sangat banyak maka alangkah beruntungnya mereka yang dapat melaksanakan ibadat tersebut khususnya kepada saudara-saudara kita yang akan mengerjakan haji pada tahun ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Barang siapa yang mengerjakan haji ke Baitullah dan tidak melakukan perkara-perkara keji dan tidak berbuat fasiq, maka dia suci daripada dosa-dosanya seolah-olah dia kembali pada hari dia dilahirkan oleh ibunya." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Dari hadis itu telah menjelaskan betapa Allah Subhanahu Wata'ala telah menjanjikan ganjaran yang sangat tinggi nilainya, siapakah yang tidak mahu dirinya suci dari dosa seumpama anak damit yang baru lahir? Sudah tentunya setiap orang mahukan dirinya bersih dan suci dari segala dosa. Oleh itu jika kita mahu memperolehi ganjaran tersebut, ibadah haji hendaklah dikerjakan dengan tulus ikhlas, bersungguh-sungguh dan berhati-hati agar ibadat haji yang dikerjakan itu mendapat haji yang mabrur dan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya haji yang mabrur itu ganjarannya adalah Syurga, tempat yang penuh dengan kenikmatan dan kebahagiaan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Dan haji yang mabrur itu yakni yang diterima itu tiada balasan baginya selain Syurga." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Memang tidak dinafikan semua orang yang mengerjakan ibadat haji itu mahu mendapatkan haji yang mabrur. Justeru para bakal jemaah haji hendaklah melaksanakan rukun-rukun dan wajib-wajib serta sunat-sunat haji itu dengan sempurna. Selain itu para bakal jemaah haji janganlah sekali-kali mengabaikan ibadat-ibadat yang wajib seperti ibadat sembahyang fardu lima waktu hendaklah ditunaikan dalam waktunya, walaupun pada ketika itu para jemaah sedang sibuk dan penat melakukan ibadat-ibadat dan manasiq haji. Di samping itu mereka juga hendaklah memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti mengerjakan Sembahyang Sunat Rawatib, membaca Al-Qur'an, memperbanyakkan tawaf sunat, berdoa, berzikir, berselawat, beriktikaf dan bersedekah. Apa yang penting mereka hendaklah juga memelihara diri dari melakukan sebarang perbuatan berdosa seperti memelihara lidah, menjaga pandangan mata, menjaga kelakuan dan tingkah laku. Para jemaah juga hendaklah menjauhi dari melakukan perkara-perkara karut atau khurafat yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Meskipun pada masa ini perkara khurafat semakin tidak lagi kedengaran dilakukan oleh para jemaah haji kita, namun kita hendaklah sentiasa saling beringat agar para jemaah tidak terpedaya atau terpengaruh oleh hasutan syaitan untuk melakukan apapun jua perbuatan khurafat, kerana perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan ibadah haji malahan juga boleh menjejaskan akidah seseorang.
Apabila berada di tanah suci nanti, sememangnya para bakal jemaah haji akan menghadapi banyak kesulitan dan rintangan. Mungkin ada di antara mereka yang akan menghadapi kepayahan dan kesukaran kerana tidak biasa dengan keadaan bersesak-sesak dan berhimpit-himpit, ataupun merasa kurang selesa kerana kemudahan yang tidak mencukupi, ataupun terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah yang timbul antaranya masalah kesesakan jalan raya seperti perjalanan menuju daripada Arafah ke Mina, ataupun menunggu ketibaan kenderaan pengangkutan yang terlalu lama, ataupun terpaksa menghadapi kerenah-kerenah orang di sekeliling yang pelbagai ragam yang mungkin tidak menyenangkan hati dan sebagainya. Maka dalam menghadapi kesulitan dan rintangan tersebut, para jemaah haji hendaklah menghadapinya dengan tabah, sabar dan reda serta memperbanyakkan doa dan zikir supaya hati menjadi tenang dan tenteram. Peliharalah diri dari bersifat marah, mengeluh atau merungut dalam menghadapi apa jua kesukaran atau ketidakselesaan ketika berada di Tanah Suci nanti. Semua ini hendaklah diterima sebagai ujian dan dugaan yang perlu dihadapi dalam usaha untuk mendapatkan haji yang mabrur sebagainya yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Kita bersyukur dan merasa gembira dengan saudara-saudara kita yang berpeluang dan beruntung untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini. Semoga kesempatan yang diperolehi tidak disia-siakan bahkan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kita berharap bagi umat Islam yang belum berkesempatan menunaikan fardu haji pada tahun ini akan berazam dan bertekad untuk mengerjakan tuntutan haji pada masa hadapan dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala.
Akhirnya marilah kita mendoakan semoga para bakal jemaah haji, khasnya jemaah haji Negara Brunei Darussalam akan sentiasa beroleh keselamatan dan kesihatan yang baik serta dapat mengerjakan wajib-wajib haji dan manasiq haji dengan sempurna dan seterusnya semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air dengan memperolehi haji yang mabrur. Amin Ya Rabbal'alamin.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Hajj, ayat 27-28 tafsirnya:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan ceruk rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin."
Sumber : Pelita Brunei
Category:
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
IBADAH Haji merupakan satu kewajipan bagi umat Islam yang sudah mampu untuk melaksanakannya, baik secara jasmani mahupun secara rohani. Mampu di sini menunjukkan kepada kemampuan untuk menyediakan bekal selama perjalanannya menunaikan haji sehingga dia pulang ke tanah airnya. Seorang fakir yang tidak mempunyai harta yang tidak mampu menanggung perbelanjaan kehidupannya serta keluarganya maka tidaklah wajib baginya melaksanakan ibadah haji. Dan begitu juga ketika seseorang yang memiliki harta yang cukup tetapi tidak ada kenderaan untuk pergi melaksanakan ibadah haji kerena tempatnya yang jauh dan tidak boleh ditempuhi dengan berjalan kaki ataupun perjalanannya tidak aman atau situasi perjalanan yang membahayakan maka tidak wajib baginya ibadah haji, kerana semua itu dikategorikan kepada tidak mampu dan tidak wajib melakukan ibadah haji.
Haji merupakan salah satu Rukun Islam. Islam sangat menganjurkan kepada umatnya untuk melaksanakan ibadah haji tersebut. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadisnya memotivasi kita untuk melaksanakannya yang bermaksud:
"Barang siapa yang melaksanakan ibadah haji, kemudian tidak berkata kotor dan tidak berbuat kefasiqkan, akan dibersihkan dosadosanya, sebagaimana waktu ia baru dilahirkan oleh ibunya."
Dalam hadis lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda yang bermaksud: "Haji mabrur tidaklah ada balasannya kecuali Syurga." Begitu pentingnya ibadah haji ini sehingga
Rasulullah sangat menganjurkan ibadah ini dengan mengumpamakan seorang yang sudah melaksanakan ibadah haji akan suci sebagaimana seorang bayi yang baru dilahirkan ke muka bumi, begitu juga bagi orang yang melaksanakan ibadah haji dan ia memperolehi haji yang mabrur, maka dia akan mendapat balasan Syurga, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis tadi.
Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 197, tafsir-Nya:
"(Musim untuk mengerjakan) ibadah haji itu ialah pada beberapa bulan yang termaklum. Oleh itu sesiapa yang telah mewajibkan ke atas dirinya (dengan niat ihram mengerjakan) ibadat haji pada bulan-bulan itu, maka tidak boleh mencampuri isterinya dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan ianya diketahui oleh Allah. Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, maka sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa. Dan bertakwalah kamu kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal (yang dapat memikir dan memahaminya)."
Firman Allah Subhanahu Wata'ala ini menegaskan kepada kita bahawa ketika kita sudah berazam (menetapkan niat) untuk melaksanakan ibadah haji, hendaklah dia mempersiapkan dirinya dengan sebaik-baiknya. Persiapan itu adalah seperti tidak berkata-kata perkara yang kotor, berbuat fasiq dan berbantah-bantahan ketika melaksanakan ibadah haji. Kerana ibadah haji merupakan ibadah yang sangat mulia, Allah Subhanahu Wata'ala mengisyaratkan untuk benar-benar membersihkan dirinya dari sifat-sifat, tingkah laku dan akhlak yang tercela. Hal ini adalah saranan untuk mendapatkan haji yang mabrur yang sudah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Pada akhir ayat ini sangat jelas diterangkan bahawa sebaik-baik bekal untuk melaksanakan ibadah haji adalah takwa. Persiapan menjelang ibadah haji adalah dengan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Melakukan amalan-amalan wajib dan sunnah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ertinya seseorang yang akan melaksanakan ibadah haji sudah tergambar kebersihan dirinya sebelum melaksanakan ibadah tersebut. Berbeza dari yang banyak difahami orang bahawa kebersihan diri didapatkan setelah melaksanakan ibadah haji. Banyak orang beranggapan bahawa setelah haji dia akan lebih taat kepada Allah. Ketahuilah bahawa setiap perbuatan atau ibadah yang kita lakukan, berjaya atau tidaknya banyak tergantung kepada persiapan dan perbekalan yang sudah disiapkan.
Banyak makna-makna yang tersirat dalam pelaksanaan ibadah haji, di antara rukun-rukun ibadah haji sebagai berikut:
* Ihram dari Miqat mengajarkan kita supaya mendisiplinkan diri dalam menjalankan perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Ketika melakukan ihram melampaui miqat, maka seseorang akan dikenakan dam. Begitulah ibadah haji mengajarkan kepada seorang Muslim untuk berdisiplin dan taat kepada aturan Allah. Dengan memakai pakaian ihram yang tidak berjahit dan berwarna putih mengajarkan kita kepada persamaan darjat. Ketika seseorang memakai pakaian ihram, tidak akan nampak perbezaan pangkat dan darjat di kalangan mereka hanya ketakwaan kepada Allah sajalah yang membezakan kita.
* Tawaf bererti mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf ini diumpamakan seperti sembahyang. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Tawaf mengelilingi kaabah adalah seperti sembahyang akan tetapi kamu boleh berbicara di dalamnya dan barang siapa yang berbicara maka hendaklah membicarakan hal yang baik-baik."
* Sa'i iaitu berlari-lari kecil antara Bukit Safa dan Marwa semata-mata untuk melakukan ibadah kepada Allah, mengingatkan kita pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya yang sedang kehausan, iaitu Siti Hajar dengan anaknya Nabi Ismail Alaihissallam.
* Wukuf di Arafah, mengajarkan kita makna kebersamaan dan mengingatkan kita akan Hari Kiamat di mana manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya di dunia, dengan melakukan wukuf di Arafah. Para hujjaj merasakan bahawa hari berkumpul di Padang Mahsyar itu pasti ada dan setiap kita akan diminta pertanggungjawabkannya. Wukuf di Arafah merupakan rukun yang terpenting dalam ibadah haji, sehingga Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengatakan al-hajju Arafah, ertinya: Haji itu adalah Arafah.
Kemudian setelah wukuf di Arafah, para hujjaj bermalam di Muzdalifah kemudian di Mina, para jemaah haji akan melakukan jumara'at, iaitu: Melemparkan batu kerikil sebanyak tujuh biji ke tempat jumara'at masing-masing. Ini memberikan makna bahawa kita sentiasa berjuang untuk melawan hasutan iblis dan syaitan yang sentiasa mengganggu manusia.
Ibadah haji merupakan muktamar besar umat Islam di seluruh pelusuk dunia dan datang bersama-sama untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Suatu ibadah yang tidak dimiliki oleh agama lain ini tentunya akan mempereratkan persatuan dan kesatuan umat dan akan terjalin ukhuwwah Islamiah yang menyeluruh bagi umat manusia daripada seluruh dunia. Ibadah haji mengajarkan kita sikap thawadhu', melupakan pangkat dan darjat, tidak ada perbezaan antara orang kaya dan miskin, tidak ada perbezaan pakaian melainkan pakaian ihram yang disarankan, bersama-sama berkumpul di Arafah, tidak membicarakan perkara-perkara yang mungkar, tidak ada yang meninggikan mereka melainkan darjat ketakwaan mereka di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.
Sumber : Pelita Brunei
Category:
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
TUNGKU LINK, Khamis, 28 Oktober.- Sebagai sebuah negara berdaulat, Negara Brunei Darussalam, walaupun kecil tidak menghalang kita untuk berwawasan besar sebagaimana Wawasan 2035 untuk mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya serta mempunyai kehidupan yang berkualiti tinggi.
Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail menekankan perkara itu semasa berucap di Majlis Pembukaan Rasmi Program Kepimpinan Sekolah Kohort Kali Ke-4 Tahun 2010 belangsung di Bilik Kuliah, Aras Bawah, Bangunan Institut Kepimpinan, Pembaharuan dan Kemajuan (ILIA), Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini.
Dato Seri Setia menjelaskan, perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 atau SPN21, adalah salah satu strategi utama ke arah merealisasikan wawasan tersebut dan untuk mencapai hasrat itu, Kementerian Pendidikan meletakan expektasi yang tinggi terhadap kepimpinan sekolah.
Pengalaman terdahulu, tambah Dato Seri Setia telah membuktikan bahawa kepimpinan sekolah memainkan peranan utama di dalam pembangunan sekolah-sekolah yang berjaya.
"Kerana itu, selaku pemimpin-pemimpin sekolah abiskita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tentangan yang berbeza dengan bekerja dalam suasana persekitaran yang lebih mencabar, berbanding dengan pemimpin-pemimpin sekolah yang terdahulu," kata Dato Seri Setia.
Dato Seri Setia menambah, dengan mengikuti Program Kepimpinan Sekolah (PKS) ini diharapkan akan dapat menyediakan para peserta menjadi seorang yang berwawasan dan sebagai agen perubahan yang mengubah sekolah pimpinan mereka menjadi sekolah cemerlang dan sekolah teladan.
Semasa berucap Timbalan Menteri Pendidikan juga berkata, Kementerian Pendidikan telah menerima maklum balas yang memberangsangkan dari pihak ALA dan Unit Pasukan Dalaman, agen perubahan yang telah memberikan tunjuk ajar kepada 97 buah sekolah sejak program ini mula dijalankan.
Hasil dari laporan tersebut katanya, hampir kesemua sekolah dari kedua-dua 'kohort' yang terdahulu telah menampakkan peningkatan sebanyak dua digit pencapaian prestasi pelajar-pelajar di dalam bidang akademik masing-masing.
"Sekolah-sekolah yang mengikuti program itu juga telah dapat menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penglibatan para ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar. Pencapaian ini sesungguhnya amat mengalakkan," kata Timbalan Menteri Pendidikan.
Kementerian Pendidikan ujar Dato Seri Setia akan sentiasa mempastikan segala usaha yang dibuat sejajar dengan Wawasan Negara 2035, dan ini merupakan salah satu keutamaan.
Oleh itu, Dato Seri Setia berseru kepada setiap peserta agar membuat komitmen yang sama dengan meletakan PKS sebagai agenda nombor satu sekolah.
Seramai 96 pemimpin sekolah dari 32 buah sekolah rendah, menengah, vokasional dan sekolah sukan terpilih menyertai program selama lima hari itu.
Para peserta mendapatkan latihan terus dari dua pakar kepimpinan bertaraf dunia iaitu Professor Noel Tichy dan Mr. Bob Knowling.
Juga hadir di majlis tersebut, Pemangku Pengarah ILIA, UBD, Dayang Shamsiah Zuraini Kancanawati, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Pemangku Naib Cnaselor UBD, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, pengetua-pengetua dan guru besar.
Sumber : Pelita Brunei
Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail menekankan perkara itu semasa berucap di Majlis Pembukaan Rasmi Program Kepimpinan Sekolah Kohort Kali Ke-4 Tahun 2010 belangsung di Bilik Kuliah, Aras Bawah, Bangunan Institut Kepimpinan, Pembaharuan dan Kemajuan (ILIA), Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail semasa berucap merasmikan Program Kepimpingan Sekolah Kohort Kali Ke-4 Tahun 2010 (Foto : Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali) |
Pengalaman terdahulu, tambah Dato Seri Setia telah membuktikan bahawa kepimpinan sekolah memainkan peranan utama di dalam pembangunan sekolah-sekolah yang berjaya.
"Kerana itu, selaku pemimpin-pemimpin sekolah abiskita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tentangan yang berbeza dengan bekerja dalam suasana persekitaran yang lebih mencabar, berbanding dengan pemimpin-pemimpin sekolah yang terdahulu," kata Dato Seri Setia.
Dato Seri Setia menambah, dengan mengikuti Program Kepimpinan Sekolah (PKS) ini diharapkan akan dapat menyediakan para peserta menjadi seorang yang berwawasan dan sebagai agen perubahan yang mengubah sekolah pimpinan mereka menjadi sekolah cemerlang dan sekolah teladan.
Semasa berucap Timbalan Menteri Pendidikan juga berkata, Kementerian Pendidikan telah menerima maklum balas yang memberangsangkan dari pihak ALA dan Unit Pasukan Dalaman, agen perubahan yang telah memberikan tunjuk ajar kepada 97 buah sekolah sejak program ini mula dijalankan.
Hasil dari laporan tersebut katanya, hampir kesemua sekolah dari kedua-dua 'kohort' yang terdahulu telah menampakkan peningkatan sebanyak dua digit pencapaian prestasi pelajar-pelajar di dalam bidang akademik masing-masing.
"Sekolah-sekolah yang mengikuti program itu juga telah dapat menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penglibatan para ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar. Pencapaian ini sesungguhnya amat mengalakkan," kata Timbalan Menteri Pendidikan.
Kementerian Pendidikan ujar Dato Seri Setia akan sentiasa mempastikan segala usaha yang dibuat sejajar dengan Wawasan Negara 2035, dan ini merupakan salah satu keutamaan.
Oleh itu, Dato Seri Setia berseru kepada setiap peserta agar membuat komitmen yang sama dengan meletakan PKS sebagai agenda nombor satu sekolah.
Seramai 96 pemimpin sekolah dari 32 buah sekolah rendah, menengah, vokasional dan sekolah sukan terpilih menyertai program selama lima hari itu.
Para peserta mendapatkan latihan terus dari dua pakar kepimpinan bertaraf dunia iaitu Professor Noel Tichy dan Mr. Bob Knowling.
Juga hadir di majlis tersebut, Pemangku Pengarah ILIA, UBD, Dayang Shamsiah Zuraini Kancanawati, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Pemangku Naib Cnaselor UBD, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, pengetua-pengetua dan guru besar.
Sumber : Pelita Brunei
Category:
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Program Kesusasteraan Melayu (Mahasiswa-Mahasiswi Kursus AS2401 Sastera dan Pendidikan) dengan kerjasama Kelab Rakis Universiti Brunei Darussalam akan mengadakan Seminar Sastera dan Pendidikan pada hari rabu, 3 Oktober 2010 (pukul 2.15 petang) di Basement Floor, Dewan Cancelor. Ahli panel seminar tersebut ialah Awg. Markandi bin Kusus (DBP), Dyg. Faridah bte Abd. Hamid (MD) dan Dyg. Siti Khadijah bte Haji Metali (UBD). Seminar dan Pendidikan ini akan dipengerusikan oleh Awg. Syawal Nizam bin Haji Yani (UBD).
"Sastera Bukan Sekadar Tulisan atau Cerita Khayalan"
Category:
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Pada 3 oktober 2010 yang lalu, Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERWANI) telah mengadakan Titian Puisi Aidilfitri di SEAMEO VOCTECH, Jalan Gadong. Kegiatan Titian Puisi Aidilfitri tersebut dihadiri oleh ahli-ahli ASTERAWANI seperti Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, Yang Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin, Prof. Madya Dr. Ampuan Haji Ibrahim (Ketua ASTERWANI 1), Dr. Morsidi Haji Muhammad (Ketua ASTERAWANI 2), Z.A Ariff Brunei, Kamis Haji Tuah, Muslim Burmat dan ahli-ahli ASTERAWANI yang lain lagi.
Tujuan kegiatan Titian Puisi Aidilfitri tersebut adalah untuk menyemarkan dan memeriahkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri ketika itu. Kegiatan-kegiatan tersebut merangkumi mendeklamasikan puisi atau sajak daripada ahli-ahli ASTERAWANI secara bersahaja atau "bersantai". Di samping itu, kegiatan tersebut menampilkan ahli-ahli ASTERAWANI yang baru, mengeratkan silaturrahim dan bertukar-tukar fikiran di kalangan ahli-ahli ASTERAWANI, membacakan surah Yassin serta doa tahlil bagi junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W, keluarga rasulullah, sahabat-sahabat rasulullah, ahli-ahli ASTERAWANI dan semua masyarakat Islam yang telah kembali kerahmatullah lebih awal.
Puisi Syahdu Syawal
Terimalah wasiat alam yang kian berputar meninggalkan ramadhan,
Syahdu syawal kembali menyapa,
Mensuci jiwa sebelum di Madrasah Ramadhan,
Sucikan jiwa di lebaran yang penuh mulia.
(Adi Aswara, 2009)
Category:
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
INSAN seni mudah tersentuh jiwanya. Ungkapan itu memang ada kebenaran�nya. Apa yang pasti, baris-baris sajak Datuk A Samad Said menerusi Rindu Ibu bukan saja menyentuh perasaan penonton, malah beliau turut mengalirkan air mata sewaktu mendeklamasikannya.
Persembahan bertajuk Suara Tulus selama 60 minit sempena KLCC Seni Festival 2010 diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Penyampaian unik menggabung�kan insan seni terbaik dalam bidang masing-masing melalui penyampaian puisi, muzik solo serta orkestra dan vokal.
Kolaborasi Sasterawan Negara itu bersama pemain piano, Foo Mei Yi, pemain harp, Tan Keng Hong dan penyanyi neo-soul, penyusun lagu, Taheera membuatkan penonton terpukau.
Kolaborasi Sasterawan Negara itu bersama pemain piano, Foo Mei Yi, pemain harp, Tan Keng Hong dan penyanyi neo-soul, penyusun lagu, Taheera membuatkan penonton terpukau.
Taheera Rosheena |
Buktinya mereka menerima tepukan gemuruh penonton pelbagai latar dan peminat seni termasuk pelancong luar. Turut kedengaran dalam dewan klasikal kebanggaan negara adalah beberapa kolek�si sajak terbaik Sasterawan Negara itu seperti Suara Tulus, Tetamu Senja dan Khazanah. Beliau diiringi instrumen bertali MPO Seni Ensemble, dibimbing konduktor, Liu Jian.
Persembahan menyaksikan kecekapan Mei Yi bermain piano muzik klasik Eropah. Keupayaannya terserlah apabila pernah dilabel ‘pemain piano perlu diberi perhatian’ oleh BBC Radio 3 Britain dan ‘Bintang Sedang Meningkat Naik’ oleh Majalah Antarabangsa Piano.
Mei Yi, artis konsert klasikal berpangkalan di London, mempamer kecekapan meleretkan jari-jemari pada mata piano serta lenggok dan emosi tersendiri.
Dia memainkan empat karya komposer romantik Perancis, Claude Debussy iaitu Etude: pour les Arpeges composes, Prelude: La Puerta del Vino, Estampes: Pagodes dan Prelude: La fille aux cheveux de lin.
Pemain harp, Tan Keng Hong tidak ketinggalan mempamerkan kehebatan bermain alat 47 tali mendendangkan dua karya komposer harp Perancis kelahiran Belgium, Alphonse Hasselmans bertajuk Chanson de Mai dan La Source.
Penyanyi neo-soul, Taheera tampil dengan pakaian merah jambu bertudung kepala, menyanyikan Suara Tulus dengan iringan petikan harp Keng Hong.
Kata Pak Samad, idea mengenengahkan sajak puisi menjayakan KLCC Seni Festival diterjemahkan dengan baik oleh Taheera dan MPO Seni Ensemble.
“Secara asasnya, muzik latar dan vokal memang sudah disediakan Taheera. Perasaan awal berdebar bertukar ceria kerana bukan mudah mendapat peluang menimba pengalaman berharga mendeklamasi puisi ke pentas lebih tinggi diiringi pemuzik klasikal.
“Sewaktu menyampaikan Rindu Ibu, hati memang terlalu sedih. Saya turut terharu mendapat penghormatan apabila paparan karya Bisik Warna terpampang sebagai latar sewaktu Mei Yi bermain piano.
“Saya tidak tahu apa difikirkan penonton mengenai deklamasi hari ini. Apapun, saya gembira dan berbesar hati mendapat undangan menjayakannya.
“Konduktor muzik juga bijak menghidupkan suasana. Paling penting, persembahan kolaborasi seperti ini membuktikan sumbangan sasterawan terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
“Saya dapat terus mengenengahkan karya terbaik sempena Seni Festival KLCC selepas ini,” katanya.
Mei Yi berada selama sebulan di Malaysia, berkata, dia teruja menjayakan persembahan julung kali bersama nama besar seperti Pak Samad.
“Kolaborasi seni dengan visual Bisikan Warna kali pertama mengiringi pertunjukan menawarkan pengalaman baru. Repertoire Debussy memang pilihan sendiri. Lagipun, Pagodes ditulis berasaskan inspirasi bunyi instrumen gamelan Jawa daripada sebuah kepulauan di Indonesia.
“Selain Seni Festival KLCC, beberapa siri jelajah akan diadakan. Antaranya mengadakan masterclass piano ke Perak dan Pulau Pinang bagi memperkenalkan MPO kepada orang ramai. Persembahan antarabangsa pula akan diadakan di Guatemala dan Sweden,” katanya.
Taheera yang sudah lama mengikuti serta perkembangan sastera Pak Samad menganggap pejuang sastera itu unik dengan caranya tersendiri.
“Saat seperti ini sudah lama ditunggu. Saya berbesar hati dapat menyanyikan lagu puisi Pak Samad. Bagi saya, beliau memberi banyak mesej kemasyarakatan dalam penyampaiannya. Hakikatnya, puisi beliau turut diminati pelancong dan peminat seni dari luar negara,” katanya.

Tulisan : Esme Johari Wahab (myMetro)
Sumber daripada http://www.hmetro.com.my/myMetro
Category:
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Dato' A. Samad Said (Sasterawan Negara Malaysia) |
Kerjasama antara penerbit dan sasterawan mampu membawa pesanan dan ilmu bernilai kepada pembaca di Malaysia.
"PTS jauh lebih gemuk dan mempunyai bilik-bilik seni yang lebih besar. Tidak ada salahnya ia mengisi dengan betul. Kerjasama ini mengisi satu pesanan kepada pembaca. Di samping niaga, kita berbakti dan menyampaikan ilmu," jelas Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said ketika berkunjung ke PTS.
Bagi beliau, pintu yang dibuka PTS Fortuna tidak harus dilepaskan kerana ia merupakan proses peningkatan dalam menggerakkan karya-karya sastera di Malaysia.
Beliau yang mendapatkan kembali hak cipta karyanya daripada penerbit asal berharap karya beliau diterbitkan dan disebarkan dengan baik oleh PTS selaku penerbit bahasa Melayu nombor satu di Malaysia.
Pada satu Oktober lalu tercatat sejarah apabila secara rasminya PTS Fortuna Sdn bhd menerbitkan semula karya hasil tulisan Pak Samad.
Setelah mengambil kembali hak cipta daripada penerbit asal Pak Samad menerbitkan buku beliau bersama syarikat Wira Bukit.
Sejak tahun 2003, Wira Bukit menerbitkan 13 buah buku Pak Samad termasuklah buku-buku yang diambil kembali hak penerbitannya daripada penerbit sebelum ini. Dalam masa yang sama, Wira Bukit juga mencari penerbit yang sesuai bagi menerbitkan dan mempromosikan buku-buku Pak Samad.
Wira Bukit Sdn. Bhd yang diuruskan oleh Anak Pak Samad sendiri iaitu Tuan Helmy Samad memberikan sepenuhnya hak penerbitan kepada PTS Fortuna bagi menerbitkan semua karya-karya hasil tulisan Pak Samad. Nantikan buku-buku tulisan Pak Samad terbitan PTS yang bakal menemui peminat buku pada Januari 2011 ini. (Hasil tulisan Roziah, 20 Oktober 2010)
Sumber ini diambil daripada http://pts.com.my/index.php/berita/gabungan-penerbit-dan-sasterawan-jadi-proses-peningkatan-dalam-dunia-saster/
Category:
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Assalamualaikum para pencinta seni yang dihormati sekalian. Syukur Alhamdulilah dengan izin dan limpah-NYA juga blog TunaSastera Meniti Waktu ini sudah mula beroperasi dalam memberikan seberapa banyak ilmu untuk dikongsikan bersama awda semua. Sehubungan dengan itu juga, kami inginkan kerjasama abiskita semua untuk memberikan pandangan terhadap blog ini agar dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Setiap pandangan awda semua itu adalah cukup bermakna dan bermanfaat untuk semua pengguna blog ini nanti. Akhir sekali, sekiranya awda ingin menyumbangkan karya-karya sastera awda seperti pantun, sajak, cerpen dan sebagainya, awda boleh menghubungi kami terus menerusi e-mel kami iaitu menitiwaktu@hotmail.co.uk.
"Maju Seni Untuk Bangsa Brunei"
Category:
0
comments
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Arahan: Sila susun senarai peristiwa penting di bawah dengan urutan peritiwa penting yang sebenarnya terdapat dalam cerpen 'Abdul'. Kemudian awda diminta untuk menyenaraikan urutan peristiwa penting tersebut dalam ruangan "Comment" di bawah berikut. Selamat Mencuba.
- Cikgu Lamat selalu menulis TB yang bermaksud tali barut di dalam buku Abdul sehingga diejek oleh teman-teman sekelasnya.
- Pada keesokan harinya, semua orang gempar dan menuduh Abdul memecahkan cermin bilik darjah, pasu bunga, kaca mata Cikgu Lamat dan mengoyakkan lukisan di dalam bilik guru besar.
- Abdul telah berubah menjadi seorang yang jahat dan pemugut. Abdul telah menyimpan kaca pecah di rumah guru, membawa tikus mati ke sekolah, membawa paku tiga inci dan menggores kereta guru besar, menutuh jagus di sekolah dan membaling batu kedalam dewan makan.
- Abdul didenda di hadapan pelajar dan Cikgu Lamat telah mengalungkan poster ke leher Abdul: “SAYA CURI JAGUS”.
- Abdul baru menyedari bahawa buku yang dihantar kepada Ustazah Noni itu berisi surat cinta daripada Cikgu Nayan.
- Abdul telah dipanggil oleh Guru Besar dan Cikgu Lamat. Namun Abdul tidak tahu atas alasan apakah ia dipanggil.
- Abdul malu kerana diketawakan oleh murid-murid sekolah.
- Guru Besar telah bertanya kepada Abdul mengenai perkara yang disuruh oleh Cikgu Nayan kepadanya. Kemudian Abdul teringat bahawa dia telah menolong Cikgu Nayan menghantar sebuah buku kepada Ustazah Noni.
- Semasa berada dalam bilik Guru Besar, Abdul telah diberi ‘hadiah’ tiga potong roti panjang (dirotan) oleh guru besar dan dia merasa sangat benci kepada Cikgu Lamat .
- Abdul merasa bangga kerana dapat berbuat bakti kepada gurunya iaitu menolong Cikgu Nayan menghantarkan buku kepada Ustazah Noni.
Category:
0
comments
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Baginda saw ada meninggalkan wasiat kepada kita umat Islam melalui khtubah terakhir Nabi Muhammad saw yang disampaikan pada 9hb.Zulhijjah 10H, di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Gunung Arafah atau juga dikenali sebagai Bukit Arafah adalah satu tempat menyaksikan pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa setelah dicampakkan ke bumi. Semestinya pada musim Haji ramailah orang disini kerana Wukuf di Arafah merupakan satu daripada Rukun Haji.
Simpanlah wasiat ini untuk tatapan diri sendiri juga untuk anak-anak cucu kita. Perhatikan amanat-amanat yang telah dituturkan sendiri oleh junjungan besar Rasulullah saw moga-moga menjadi peringatan untuk kita. Bersaksilah bahawa kalimat-kalimat terakhir Nabi juga Rasul Allah yang terakhir ini cukup menghibakan dan menitiskan airmata. Hayatilah dengan mata hati!
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai Manusia,
Dengar baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai Manusia,
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia,
Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia,
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikan solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikan zakat dari kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada satu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanKu.
Wahai Manusia,
Tidak ada Nabi atau Rasul yang akan datang selepasKu dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataKu yang telah Aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan SunnahKu.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanKu menyampaikan pula kepada orang lain. Semuga yang terakhir lebih memahami kata-kataKu dari yang terus mendengar dariKu. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah Aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.....
[khutbah di atas adalah khutbah perpisahan / terakhir Rasulullah saw yang disampaikan semasa baginda RasulAllah saw mengerjakan Haji Wida’.]
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)
Sengaja aku lampirkan semoga aku termasuk dalam : "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanKu menyampaikan pula kepada orang lain". Walaupun kalian dah tengok, dah baca berulang kali hatta dah hafal pun!
Category:
0
comments
Posted by
Antologi Cerpen Meniti Waktu
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata : "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a.
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."
"Allah berfirman : Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya : "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab : "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."
Kami bertanya lagi : "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab : "Salah seorang ahli bait."
Kami bertanya : "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab : "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."
Kami bertanya : "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda : "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.
Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."
SEMAKIN TENAT
Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam : "Assalamualaikum ya Rasulullah?"
Kemudian dia berkata lagi : "Assolah yarhamukallah."
Fatimah menjawab : "Rasulullah dalam keadaan sakit."
Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah saw bersabda : "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata : "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.
Baginda bertanya : "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"
Siti Fatimah menjawab : "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda : "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."
MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw.
Malaikat Maut itupun berkata : "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu : "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi : "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah : "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"
Fatimah menjawab : "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah saw bersabda : "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab : "Tidak wahai baginda."
Lalu Rasulullah saw menjelaskan : "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah saw bersabda : "Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan : "Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah saw pun menjawab : "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat Maut menjawab : "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."
Rasulullah saw bertanya : "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"
Jawab Malaikat Maut : "Saya tinggal dia di langit dunia."
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw : "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab : "Ya, wahai kekasih Allah."
KETIKA SAKARATUL MAUT:
Seterusnya Rasulullah saw bersabda : "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril pun menjawab : "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda saw bersabda : "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab lagi : "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda saw bersabda lagi : "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab : "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian Rasulullah saw bersabda : "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya : "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah saw menjawab : "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab : "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman : Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."
Maka berkatalah Rasulullah saw : "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya : "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"
Rasulullah menjawab : "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata : "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya : "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril menjawab : "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
KESEDIHAN SAHABAT
Berkata Anas r.a. : "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan : Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata : "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku : Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"
Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan : "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim." Lalu setelah itu dia mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Muaz berkata : "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan." Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka : "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku." Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula." (Surah Az-Zumar: ayat 30)
Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi : "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Surah Al-lmran: ayat 144)
Maka Muaz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad." Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata : "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."
Kemudian dia berkata : "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw." Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud : "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."
Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut : "Bagaimana khabar Rasulullah saw?" Orang tersebut menjawab : "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia." Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz : "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."
Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Muaz menyambungnya : "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah." Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal : "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan." Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata : "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz." Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata : "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."
Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan : "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh." Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata : "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah." Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan : "Assalamualaikum ya ahlil bait."
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata : "Rasulullah saw bersabda : Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw." Kemudian Fatimah berkata lagi : "Masuklah wahai Muaz." Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya : "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.
(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)