Klip video di bawah mempunyai keterkaitan dengan cerpen "Azam Kemerdekaan" karya Syawal Rajab. Dengan menggunakan daya kreativiti, kamu diminta untuk mengaitkan perihal (perkara) yang berkait rapat dengan cerpen "Azam Kemerdekaan". Kajian (jawapan) kamu mestilah disertakan dalam ruangan komen (comments) di bawah klip video ini. Sila sertakan nama penuh, tahun dan sekolah awda. Selamat mengkaji dan teruskan perjuangan.
3 comments:
Nama: Haji Hamdillah Bin Mohd Sakirin
Tahun: 9G
Sekolah: Sekolah Menengah SMJA
Antara perihal atau perkara yang berkaitan di antara klip video di atas dengan cerpen "Azam Kemerdekaan" ialah perkaitan yang sangat rapat dengan isu bangsa Melayu. Sebilangan bangsa Melayu kini seolah-olah kian melupakan sejarah asal usul mereka, di mana akar umbi mereka, melupakan budaya serta adat tradisi orang-orang Melayu.
Perkara sebegini amat membimbangkan si penulis cerpen dan penulis merasa takut kalau-kalu bangsa Melayu itu akan dijajah buat kali kedua tanpa disedari.
sajak yang telah dibacakan oleh Dr.Mahathir dalam klip video di atas banyak sekali menekankan perihal bangsa Melayu yang mudah melupakan asal usul mereka.
Kita sepatutnya menjaga identiti calak Melayu kita supaya akan terus kekal tanpa sebanrang anasir-anasir yang negatif untuk menggangu gugat tanah tumpah tanah air kita.
Assalamualaikum.
Berdasarkan klip video ini dengan cerpen pantaran mempunyai persamaan yang amat ketara iaitu tentang kemerdekaan. Kemerdekaan yang diperlukan oleh seorang individu dan masyarakat Melayu itu hendaklah bergantung kepada falasah Melayu Islam Beraja itu sendiri. Dalam erti kata lain, pemikiran dan tingkah laku seseorang individu dan masyarakat Melayu itu hendaklah tidak dijajah oleh mana-mana pengaruh daripada luar. Masyarakat Melayu khususnya hendaklah memperjuangkan kebudayaan dan bahasa bagi mengekalkan khazanah warisan bangsa. Walhalnya, sekarang ini masyarakat Melayu khususya golongan remaja telah banyak terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak baik dan bertentangan dengan ajaran Islam dan etika masyarakat Melayu itu sendiri. Persoalannya, siapakah yang patut dipersalahkan? Ibubapa? Diri sendiri? Kawan-kawan? Media massa? Siapa? Siapa? Siapa?
Haji Nawi bin Haji Ramble
SMAS (9F)
Post a Comment