Aktiviti Menyusun Peristiwa Penting Bagi Cerpen 'Abdul'.

Arahan: Sila susun senarai peristiwa penting di bawah dengan urutan peritiwa penting yang sebenarnya terdapat dalam cerpen 'Abdul'. Kemudian awda diminta untuk menyenaraikan urutan peristiwa penting tersebut dalam ruangan "Comment" di bawah berikut. Selamat Mencuba.
  • Cikgu Lamat selalu menulis TB yang bermaksud tali barut di dalam buku Abdul sehingga diejek oleh teman-teman sekelasnya.
  • Pada keesokan harinya, semua orang gempar dan menuduh Abdul memecahkan cermin bilik darjah, pasu bunga, kaca mata Cikgu Lamat dan mengoyakkan lukisan di dalam bilik guru besar.
  • Abdul telah berubah menjadi seorang yang jahat dan pemugut. Abdul telah menyimpan kaca pecah di rumah guru, membawa tikus mati ke sekolah, membawa paku tiga inci dan menggores kereta guru besar, menutuh jagus di sekolah dan membaling batu kedalam dewan makan.
  • Abdul didenda di hadapan pelajar dan Cikgu Lamat telah mengalungkan poster ke leher Abdul: “SAYA CURI JAGUS”.
  • Abdul baru menyedari bahawa buku yang dihantar kepada Ustazah Noni itu berisi surat cinta daripada Cikgu Nayan.
  • Abdul telah dipanggil oleh Guru Besar dan Cikgu Lamat. Namun Abdul tidak tahu atas alasan apakah ia dipanggil.
  • Abdul malu kerana diketawakan oleh murid-murid sekolah.
  • Guru Besar telah bertanya kepada Abdul mengenai perkara yang disuruh oleh Cikgu Nayan kepadanya. Kemudian Abdul teringat bahawa dia telah menolong Cikgu Nayan menghantar sebuah buku kepada Ustazah Noni.
  • Semasa berada dalam bilik Guru Besar, Abdul telah diberi ‘hadiah’ tiga potong roti panjang (dirotan) oleh guru besar dan dia merasa sangat benci kepada Cikgu Lamat .
  • Abdul merasa bangga kerana dapat berbuat bakti kepada gurunya iaitu menolong Cikgu Nayan menghantarkan buku kepada Ustazah Noni.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment