Aktiviti Mencari Persoalan Dalam Cerpen "Pantaran" Karya Aminah Haji Momin

Cerpen "Pantaran" mengisahkan seorang watak yang bernama Haji Zaki merasa marah kerana pantarannya telah diroboh. Dalam cerpen ini, terdapat beberapa persoalan yang ditampilkan (dikemukakan) oleh si penulis. Oleh itu, kamu diminta untuk menyenaraikan persoalan-persoalan tersebut dan disertakan dengan contohnya. Segala hasil kajian kamu hendaklah dimuatkan ke dalam ruangan komen (comments) di bawah berikut. Sekian dan selamat maju jaya.
Category: 2 comments

2 comments:

Anonymous said...

Di antara persoalannya ialah seperti Pembangunan Kampung, berdendam dan tidak puas hati, bergotong royong, mencari nafkah, tanggungjawab suami isteri dan sebagainya. Persoalan pembangunan kampung dapat dilihat daripada usaha semua penduduk kampung termasuk Haji Zaki menyetujui cadangan untuk membuat persatuan nelayan dan kedai syarikat. Melalui watak Ahmad pula memperlihatkan persoalan ketidak puasan hati dan dendam kerana sanggup meroboh pantaran Haji Zaki dan ingin mengambil kawasan rumah Haji Zaki. Persoalan mencari nafkah dan tanggungjawab suami isteri dapat dilihat daripada watak Haji Zaki apabila dia bekerja sebagai nelayan bagi menampung keluarganya dan hasil daripada tangkapannya itu dapatlah dia membuat rumah sendiri. Persoalan bergotong royong pula dapat dilihat pada hari cerita iaitu anak-anak kampung bersama penghulu di kampung Haji Basit bergotong royong membina kembali pantaran Haji Zaki yang dirobohkan sebelum ini.

Mohd.Syuib bin Haji Besar
Maktab SOAS (9H)

Anonymous said...

Nama: Hakim Jaya
Tahun 9A
Sekolah: Maktab SOAS

Antara persoalan yang terdapat dalam cerpen ini ialah:

1) Persoalan mengenai sikap kejiranan penduduk kampong yang tidak begitu mesra serta tidak bertolak ansur. Ini terbukti melalui watak Haji Zaki dan Ahmad yang telah bergaduh dan berselisihan faham.

2) Persoalan mengenai sumber ekonomi. Hal sedemikian boleh dilihat melalui cerita penubuhan persatuan nelayan dan kedai syarikat yang bertujuan untuk membangun ekonomi penduduk kampong.

Post a Comment